Sunday, March 29, 2015

Ciri-Ciri Suami/ Isteri Pilihan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, rasa diri terpanggil untuk mencoret di sini hari ini selepas membaca artikel ini semalam. Well, memang artikel ini menarik dan kena pada batang hidung sendiri. Memang betul orang selalu cakap perempuan belajarlah tinggi mana pun, tempatnya memang kat dapur. Jadi, adakah perempuan tu tak perlu belajar tinggi, susah-susah perah otak sebab akhirnya tugasnya kat dapur? Bukankah perempuan itu Allah angkat darjatnya, Allah muliakan mereka, jadi kenapa kita tidak mengambil peluang menjadi wanita yang berpelajaran tinggi dan pada masa yang sama hebat beraksi di dapur untuk santapan keluarga tercinta :)

Penulis dalam artikel itu kata ciri isteri pilihan yang ditetapkan oleh ibu bapanya ialah bertudung dan pandai memasak. Hehe. Pada hemat saya, bertudung itu bukanlah bertudung sahaja namun biarlah cukup pakej iaitu menutup aurat. Memang ramai perempuan yang bertudung, tapi sayangnya berbaju ketat, berbaju lengan pendek, berseluar ketat, tudung tak tutup dada dll. Jika lelaki mendapat perempuan begini, tugas andalah untuk mendidik isteri itu. Jika lelaki dah dapat isteri yang menutup aurat dengan baik, bersyukurlah anda dan berdoalah agar si isteri kekal istiqamah hingga hujung nyawa. Ini tanggungjawab yang berat bagi lelaki bila menjadi suami dan ayah, namun ada sesetengah yang mungkin tidak mengambil berat tentang ini. Berdoalah agar si isteri berubah suatu masa nanti.

Berkenaan pandai memasak tu betul juga. Kata nak ikat perut suami, kenalah tahu masak. Tak sedap tak apa, asalkan rajin mencuba untuk memasak. Practice make perfect kawan :D

Itu tentang ciri isteri pilihan, namun bagaimana pula ciri suami pilihan kita? Apa ciri utama yang kita cari sebelum kita nak menerima lamaran seseorang lelaki? Berapa lama masa yang kita perlukan untuk mengenali seorang lelaki itu? Bagaimana diri kita sendiri yang nak meletakkan kriteria tertentu dalam memilih lelaki sebagai suami kelak?
Bagi saya, hanya dua ciri utama yang saya letakkan sebelum saya bersetuju untuk menerima lelaki yang kini selamat menjadi suami saya, iaitu SOLAT dan TIDAK MEROKOK. Solat itu mestilah lelaki yang cukup solat lima waktunya, bukan solat saja-saja tetapi solat yang sempurna dengan tama'ninah, bukan solat seperti lipas kudung nak cepat je. Bagi saya jika lelaki itu tak cukup solat lima kali sehari, dia masih gagal untuk menjadi seorang suami. Tapi macam tu la kan, sebelum kahwin memang kita tak tahu sama ada lelaki itu cukup solat ke tak, tinggal solat ke tak. Jadi, gunakanlah kaedah orang tengah ke, uji mereka ke dan sebagainya. Solat itu tiang agama, jadi bagaimana tiang rumahtangga nak tertegak kalau solat pun goyah. Dah ramai yang kahwin mengadu suami malas solat, tak solat. Maka, di sini pula tugas isteri untuk mengingatkan suami. Suami tak perlu nak ego sangatlah dengan isteri itu. 

Saya teringat malam tadi tengok drama Hajat di TV3 yang mengisahkan pasangan suami isteri yang tidak solat. Bukan itu je, bahkan keluarga si suami pun sama. Si isteri datangnya daripada orang keluarga yang jaga agama, namun selepas berkahwin si isteri pun sama tak solat walaupun dah dididik oleh ibu bapanya. Alasannya, sebab nak biasakan diri dengan gaya hidup keluarga suami. Hello, itu bukan nak bahagiakan diri tapi musnahkan diri. Yang kroniknya apabila kat rumah mereka tiada satu sejadah pun dan tak tahu mana arah kiblat. Sungguh sedih orang Islam kita -_-. 
Walaupun hanya drama, memang itu yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Memang suami boleh mempengaruhi isteri dan sebaliknya. Bila suami isteri tak solat, sudah tentu anak-anak juga tak solat. Kalau ada harta sebanyak mana pun, tiada gunanya jika tak solat. Secara luaran nampaklah bahagia rumahtangga, tapi secara dalaman tiada roh dalam rumahtangga itu. 


Ok, yang kedua ialah tidak merokok. Kenapa? Sebab rokok ini tak ada faedah langsung untuk rumahtangga. Lebih banyak keburukannya. Bukankah rokok ini salah satu tanda ke arah kebinasaan? Jadi, kenapa lelaki yang ingin menjadi suami tak dapat berenggang dengan rokok? Jika lelaki itu dah solat tetapi merokok, saya anggap dia gagal juga. Dah solat untuk mencegah perkara mungkar, namun masih melakukan perkara mungkar iaitu merokok. Cuba hitung berapa banyak duit yang boleh dijimatkan sekiranya tidak merokok. Pasti banyak simpanan rumahtangga yang boleh dibuat. Kenapa dibazirkan wang itu kepada perkara yang sia-sia? Moga dengan adanya GST mulai tahun ini, suami-suami sekalian boleh membuang tabiat merokok itu dan kekal tidak merokok selamanya. 


Alhamdulillah, Allah kurniakan saya seorang suami yang memiliki dua ciri ini atas tapisan saya. Dua ini yang utama, ciri-ciri minor itu adela jugak, hehe. Yang itu biarlah rahsia kerana karakter itu kita pilih atas diri kita kan? Yang penting ialah lelaki yang menjaga solat dan tidak merokok. Dalam rumahtangga pasti ada badai gelora sekali-sekala, biasalah tu. Tapi jika ahli dalam keluarga itu menjaga solat, inshaAllah Allah akan jaga keluarga itu. Percayalah, Allah sentiasa mengawasi hambaNYA yang sentiasa mengingatiNYA. Kalau isteri rasa tak puas hati ke, geram ke, kecil hati ke dengan suami, ingatlah bahawa anda punyai seorang suami yang solat dan tidak merokok, maka bersyukurlah dan lapangkan dadamu kerana memiliki suami sepertinya sedangkan di luar sana ramai isteri yang menangis punyai suami yang tidak solat dan merokok. Fikirkan yang positif dan teruskan melangkah dalam bahtera rumahtangga kita, hingga ke syurga bersama-sama. Alhamdulillah.


Maaf atas coretan yang panjang kali ini. Moga bermanfaat.


Wallahu'alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More